Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘Baby, I love Your Way’, Big Mountain pelabuh tirai RWMF 2023
  • HIBURAN

‘Baby, I love Your Way’, Big Mountain pelabuh tirai RWMF 2023

Utusan Sarawak 2 years ago
MEMUKAU… Persembahan bertenaga daripada Big Mountain yang memukau pengunjung RWMF di Kampung Budaya Sarawak, malam tadi.
 

KUCHING: Kumpulan pemuzik Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu ‘Baby, I love Your Way’, Big Mountain menutup tirai Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2023 di Kampung Budaya Sarawak (KBS), malam tadi. 

Lagu ‘Baby, I Love Your Way’ hasil pengubahan semula daripada Peter Frampton itu memasuki carta US Billboard Hot 100 pada tangga 6, No 1 di tangga Mainstream Top 40 dan no 2 di United Kingdom pada 1994.

Kumpulan muzik berentak reggae yang ditubuhkan pada 1991 dan mula terkenal menerusi lagu ‘Touch My Light’ itu turut mempersembahkan lagu mereka dengan gabungan irama reggae dan pop. 

Terdiri daripada enam ahli iaitu Joaquin Quino McWhinney, Chizzy Chisholm, David Goropse, Paul Kastick dan James (Jakob) McWhinney.

Turut membuat persembahan pada malam terakhir RWMF adalah kumpulan Tuku Kame diketuai pemain sape lagenda di Sarawak, Jerry Kamit, Suk Binie, Geng Wak Long, Afriquoi, Meruked, Safi Theatre dan Rizal Hadi & Folk juga turut melakukan persembahan. 

Untuk rekod, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) berjaya mencipta rekod baharu dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR) bagi “Pemain Perkusi Teramai dengan penyertaan seramai 2,763 orang sempena berlangsungnya festival dari 23 hingga malam tadi (25 Jun). 

Oleh Nickelyson Lakun & Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Anak kelahiran Kapit tercalon Top 5 ABPBH
Next: Dayani cabar kemampuan lakonan Leya Ameera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.