
NEW YORK, NEW YORK - AUGUST 29: Victoria Azarenka of Belarus poses with the winner's trophy during the Western & Southern Open at the USTA Billie Jean King National Tennis Center on August 29, 2020 in the Queens borough of New York City. Her opponent, Naomi Osaka of Japan, withdrew before the start of their final match. Matthew Stockman/Getty Images/AFP

PILIHAN keempat Terbuka Western & Southern, Naomi Osaka terpaksa menarik diri daripada menerusikan saingan final berdepan Victoria Azarenka selepas mengalami kecederaan hamstring kaki kiri, dua hari sebelum bermulanya Terbuka Amerika.
Penarikan diri pemain nombor 10 dunia itu sekali gus memberi ruang kepada Azarenka untuk merangkul trofi kejuaraan.
“Saya minta maaf kerana perlu menarik diri akibat kecederaan. Saya mengalami kecederaan hamstring dalam aksi tiebreak set kedua dan ia tidak sembuh selepas semalaman seperti yang saya harapkan,” kata Naomi.
Naomi yang juga pemain pilihan keempat Terbuka Amerikan Syarikat, dijadual beraksi di pusingan pertama Selasa ini menentang rakan senegara, Misaki Doi, namun ia masih samar sama ada dia sempat sembuh untuk turun ke gelanggang.
“Saya tidak pasti. Bagaimanapun, saya berharap mempunyai peluang dan mempunyai masa yang cukup untuk sembuh,” kata Naomi.
Dia berharap masa rehat yang panjang membolehkannya untuk sembuh dan berharap kecederaan berkenaan lebih baik menjelang Selasa ini.
Victoria, merangkul trofi pertamanya sejak kembali ke saingan jelajah selepas bergelar ibu, berharap Osaka sembuh dengan cepat.
“Saya berharap anda cepat sembuh dan semoga berlaku sesuatu yang luar biasa dalam proses pemulihannya,” kata Victoria.-AFP