Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ayuh meriahkan Pesta Gedong
  • TEMPATAN

Ayuh meriahkan Pesta Gedong

Utusan Sarawak 2 months ago
FOKUS BERBINCANG… Tamida Da’adi dan yang lain mengadakan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kerja bagi Pesta Gedong
Edisi Kedua 2025, hari ini. -Foto UKAS

GEDONG: Pesta Gedong Edisi Kedua dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Julai kelak.

Pegawai Daerah Gedong, Tamida Da’adi berkata, pesta itu dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pesta Gedong Edisi Kedua ini bertujuan mengangkat Daerah Gedong sebagai destinasi utama sukan regata di Sarawak serta mempromosikan produk tempatan, terutamanya kraf tangan dan hasil tani seperti buah-buahan.

“Selain itu, kita mahu pesta ini akan menjadikan Gedong sebagai destinasi pelancongan domestik yang menarik dalam Kalendar Pelancongan Bahagian Samarahan,” ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kerja bagi Pesta Gedong Edisi Kedua 2025, hari ini.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan persediaan aktiviti dan kos setiap program yang bakal diadakan.

Lebih 20 aktiviti menarik dijangka akan memeriahkan pesta, termasuk regata, ‘battle of the band’, pertandingan petanque, beremak pantey, ‘batak lampung’ dan e-sport.

Pesta Gedong ini turut diharapkan dapat memperkukuh kedudukan Gedong dalam sektor pelancongan dan membuka peluang perniagaan kepada komuniti tempatan. -UKAS

Continue Reading

Previous: KOBOPEM kendalikan Stesen Petros Multifuel Batu Kawa
Next: Sokongan moral untuk warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.