Awang Tengah ziarah keluarga Allahyarham Samail Kassim di Kampung Dato

Facebook
WhatsApp
ZIARAH… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama isteri, Dato Dayang Morliah Awang Daud dan Dato Henry Sum Agong menyantuni keluarga arwah sambil menghulur sumbangan peribadi.

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Samail Kassim di Kampung Dato, Kuala Lawas, baru-baru ini.

Beliau diiringi oleh isteri, Dato Dayang Morliah Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin; serta rombongan lain, singgah di kediaman Allahyarham Samail di Kampung Dato bagi menyampaikan sumbangan peribadi.

Pada masa yang sama, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga agar tabah menghadapi ujian.

Allahyarham, yang juga saudara-mara Awang Tengah, meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, akibat masalah kesihatan, baru-baru ini.

Oleh Adeng Edrus