Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Avantgardey bakal temui peminat Malaysia Disember ini
  • HIBURAN

Avantgardey bakal temui peminat Malaysia Disember ini

Utusan Sarawak 8 months ago
KUMPULAN tarian dari Jepun, Avantgardey. Foto Facebook Avantgardey

KUALA LUMPUR: Kumpulan tarian dari Jepun, Avantgardey yang sinonim dengan imej pakaian seragam sekolah dan rambut pendek, bakal mengadakan persembahan debut mereka di sini pada 22 Disember depan.

Kumpulan dengan 17 ahli itu sebelum ini mendapat perhatian warga media sosial tanah air selepas mereka menarikan lagu dendangan kumpulan De Fam ‘Alamak Raya Lagi’ yang menjadi hit dan sohor kini ketika sambutan Aidilifitri lepas.

Penganjur konsert, 43 dan Sum Supreme Media (HK) dalam satu kenyataan, berkata persembahan bersempena dengan Jelajah Asia Avantgardey itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, bermula 8.00 malam.

“Avantgardey akan melakukan persembahan berdurasi 80 minit dengan menampilkan kreativiti dan ekspresi luar biasa, di samping gabungan visual yang menakjubkan. Ini juga peluang buat penonton di Malaysia menyaksikan bakat mereka secara langsung,” demikian menurut kenyataan itu.

Kumpulan tarian wanita ini mempunyai pengikut antarabangsa yang ramai selepas persembahan mereka di America’s Got Talent tular.

Avantgardey turut menerima pengiktirafan daripada Vogue Japan sebagai bintang baharu pada 2023, sekali gus mengukuhkan statusnya dalam dunia tarian.

Peminat boleh menempah tiket yang dijual pada harga RM680 (VIP Box Pass), RM480 (Tempat Premium), RM480 (CAT 1), RM380 (CAT 2) dan RM280 (CAT 3) bermula 22 September melalui Ticketmelon di https://www.ticketmelon.com/43/avantgardeyasiatourmy. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Anna Jobling tembusi pasaran filem Indonesia menerusi Lembayung
Next: Nurfarina Farha juara Kemuncak Bintang Kecil RTM 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.