PEMAIN Australia meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia 2022.
AUSTRALIA menewaskan Peru menerusi penentuan penalti untuk mengesahkan tempat dua terakhir ke Piala Dunia 2022.
Aksi playoff antara pasukan dari Asia dan Amerika Selatan berkesudahan tanpa tanpa sebarang jaringan selepas 120 minit dan hanya diputuskan apabila Alex Valera gagal menyempurnakan penalti keenam buat pasukannya seterusnya memberi Australia kemenangan 504 di Stadium Ahmad Ali di Doha.
Australia kini menghuni ranking ke-42 dunia menempah tempat buat kali keenam ke Piala Dunia dan perlawanan pembukaan Kumpulan D akan menemukan mereka menentang juara bertahan Perancis pada 22 November.
Peru kini yang menghuni ranking ke-22 Fifa sebelum ini menewaskan Australia 2-0 ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 mendapat sokongan hampir 10,000 penyokong yang datang dari serata dunia untuk menyaksikan perlawanan playoff itu.
Pemain Australia, Martin Boyle bagaimanapun terlepas sepakan penalti pertama buat Australia.
Penjaga gol gantian Australia, Andrew Redmayne menjadi penyelamat buat Australia apabila menyelamatkan rembatan Luis Advincula dan Valera mencetuskan kegembiraan buat pasukan Socceroos yang diraikan beberapa ratus sahaja penyokong di stadium itu.-AFP