Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ATM kenal pasti 49 ‘lorong tikus’ baharu
  • TEMPATAN

ATM kenal pasti 49 ‘lorong tikus’ baharu

Utusan Sarawak 5 years ago

LUNDU, 21 Jun -- Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada bergambar bersama Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain dan anggota lain ketika melawat Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak di Lundu, hari ini. -- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA

SEGAK… Barisan pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia semasa melawat pos sempadan di Pekan Biawak, Lundu semalam. Foto BERNAMA

LUNDU (Sarawak): Sejumlah 49 lorong tikus baharu yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenal pasti di Sarawak.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pekan Biawak adalah antara kawasan di negeri ini yang mempunyai banyak lorong ‘panas’ yang perlu dikawal ketat bagi mengekang kemasukan PATI serta aktiviti jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan pandemik Covid-19.

“Op Benteng melibatkan kerjasama bersepadu antara semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan dalam memutuskan rangkaian kemasukan PATI sama ada di darat atau perairan.

“Op ini akan diteruskan lagi agar lorong-lorong tikus dapat ditutup dan dipantau ketat. Kawalan juga dipertingkatkan di lokasi-lokasi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke salah satu Pos Gabungan Bersama ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Kem Jawantankuasa Perancangan Gerakan (JPG) Biawak dan penyampaian bungkusan Aidilfitri dan Gawai di sini, semalam.

Affendi berkata ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain akan terus komited melaksanakan Op Benteng melalui koordinasi bersepadu bagi memastikan persempadanan negara, baik darat mahupun perairan tidak dicerobohi.

Op Benteng diaktifkan sejak Mei lepas di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Sejak NTF diaktifkan di Sarawak, seramai 962 orang PATI dan 160 orang tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan Malaysia secara haram, manakala 33 individu ditahan kerana disyaki melakukan penyeludupan barangan yang melibatkan nilai rampasan berjumlah RM1.57 juta.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Polis pantau premis nombor ramalan
Next: 4 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.