Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ATM akan disediakan di Gedong
  • TEMPATAN

ATM akan disediakan di Gedong

Utusan Sarawak 4 years ago
KEMUDAHAN UNTUK RAKYAT … Abdul Halek Abdullah menyerahkan surat kelulusan mesin ATM daripada pihak AGRO Bank kepada Datuk Naroden Majais, semalam.

GEDONG: Sebuah mesin Terminal Layan Diri (ATM) akan disediakan di Gedong, kata Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais.

“Saya telah menerima surat kelulusan pihak AGRO bank yang sebuah mesin ATM akan disediakan di Gedong.

“Perkhidmatan mesin ATM ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di luar bandar dan pendalaman supaya mereka mudah untuk berurusan dengan bank,” katanya.

Naroden yang merupakan ADUN Gedong menambah, surat berkenaan telah diserahkan oleh Pengurus Cawangan AGRO Bank Sarawak Abdul Halek Abdullah kepada beliau di sini, semalam.

“ Insya Allah, mengikut kata AGRO Bank, mesin ATM akan beroperasi pada bulan Disember dan ia akan dipasang dan pihak bank akan mengubahsuai premis itu nanti,” katanya.

Jelas Naroden lagi, mesin ATM ini amat praktikal dan sekiranya ada permintaan lagi, beliau akan meminta pihak bank untuk menambah mesin ATM.

Kata Naroden lagi, buat masa sekarang, mesin ATM akan hanya ditempatkan di Anjung Usahawan Gedung dan tapak telah disediakan tambahan ini adalah kerana adanya perkidmatan internet yang penting untuk ATM dan ianya berdekatan dengan pejabat kecil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sementara itu, menurut Abdul Halek, perkembangan ini adalah berkat usaha daripada Datuk Naroden sendiri yang memohon secara peribadi untuk dipasangkan mesin ATM di kawasan tersebut.

“Setelah merujuk dan mengkaji, mesin ATM ini akan meningkatkan lagi ekonomi penduduk Gedong kerana bila dah tunai di kawasan Gedong, akan banyak peluang peniagaan yang akan wujud.

“Sebagai contoh, kedai runcit akan memberi peluang perkejaan kepada penduduk setempat dan ia menjerumus kita membantu masyarakat luar bandar terutamanya di Gedong” ujar beliau.

Jelas Halek, pihaknya merancang untuk memasang lebih banyak lagi mesin Terminal Layan Diri(ATM) di tempat-tempat lain yang memerlukan mesin ATM.

Oleh AMINAH WASLI

Continue Reading

Previous: Golongan muda balik kampung
Next: 25 OKU terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.