Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Atilia hargai sambutan terhadap muzik jaz di Sarawak
  • HIBURAN

Atilia hargai sambutan terhadap muzik jaz di Sarawak

Utusan Sarawak 7 months ago
KENANGAN… Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain merakam gambar kenangan bersama penyanyi dan kumpulan yang akan mengadakan persembahan pada malam ini selepas sidang media hari kedua Kuching Jazz 2024 hari ini.

KUCHING: Penyanyi dan penulis lirik terkenal, Atilia Haron menghargai sambutan luar biasa yang diberikan terhadap muzik jaz di Sarawak, khususnya sempena penganjuran Kuching Jazz 2024.

Atilia, yang terkenal menerusi lagu ‘Bahagiaku’, mengakui bahawa sokongan positif terhadap genre tersebut telah memberi semangat kepada mereka untuk tampil dengan persembahan terbaik malam ini.

Katanya, kumpulannya akan mempersembahkan sembilan lagu sepanjang festival tersebut, dan menganggapnya sebagai peluang berharga untuk mempromosikan karya mereka di pentas yang lebih besar.

SIDANG MEDIA… Atilia bercakap pada sidang media hari kedua Kuching Jazz 2024 hari ini.

“Kedatangan kami di Kuching kali ini amat dihargai, terutama kerana ia merupakan kali kedua kami mengunjungi bandar ini sejak sebelum pandemik Covid-19.

“Kami amat teruja untuk membuat persembahan di festival ini dan berjanji untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena hari kedua Kuching Jazz 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Ketua Pegawai Eksekutif Hemisphere Corporation Sdn Bhd, Mark Ferguson dan Pengarah Jualan, Pemasaran dan Acara Kampung Budaya Sarawak (SCV), Zaini Zainuddin.

Hari kedua festival pada malam ini bakal menyaksikan empat artis jaz yang lain, termasuk Rizky Febian, Aruel & The Fasola, Sang Timur, Improviser dan Fazz.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Malam pertama Festival Kuching Jazz
tarik lebih 1,000 pengunjung
Next: Malam Nostalgia ‘Down Memory Lane’ hargai artis Pop Yeh Yeh 1 Nov ini di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.