Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS ‘tamatkan’ hubungan dengan WHO
  • GLOBAL

AS ‘tamatkan’ hubungan dengan WHO

Utusan Sarawak 5 years ago
DONALD Trump menyatakan pihak AS akan menamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam. • Foto BERNAMA

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS)  “menamatkan” hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Presiden Donald Trump, lapor agensi berita Xinhua.

“Hari ini kami akan tamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam,” kata Trump pada sidang media di Rumah Putih, Jumaat.

Awal bulan Mei, Trump mengutus surat kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, antara lain mengancam akan memotong dana secara kekal dan “mempertimbangkan semula keanggotaan” jika badan antarabangsa itu tidak memberi komitmen terhadap “gesaan mengenai penambahbaikan dalam masa 30 hari.”

Trump pada pertengahan April mengumumkan pentadbirannya akan menghentikan pembiayaan kepada WHO, tindakan yang menerima kritikan hebat di tengah-tengah dunia berdepan krisis kesihatan awam. Di AS sahaja lebih 1.7 juta kes Covid-19 dilaporkan dengan lebih 102,000 kematian, menurut Johns Hopkins University. – Bernama

Continue Reading

Previous: WHO gesa henti rawatan guna ubat malaria
Next: Nenek usia 103 tahun pulih Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.