Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
  • SEMASA

AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia

Utusan Sarawak 5 months ago
ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang mengumpul lebih dua tan sumbangan makanan dan barangan daripada pelbagai pihak untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Sumbangan berkenaan diterima daripada syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO), dan individu yang prihatin terhadap nasib mangsa banjir. Bantuan diterima merangkumi barangan penting seperti lampin pakai buang untuk dewasa dan kanak-kanak, susu formula, botol susu, sabun basuh selain mainan serta makanan seperti mi segera dan biskut. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (ASAID) menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 (AS$100,000) bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia. 

Bantuan itu disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk menyediakan barangan keperluan dan perkhidmatan penting kepada komuniti yang terjejas. 

“Doa kami bersama mereka yang terkesan akibat banjir yang dahsyat di Malaysia. Bersama Kerajaan Malaysia, kami komited untuk membantu komuniti pulih dan membina semula,” menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook. 

Hantaran berkenaan turut memaparkan video berdurasi 1.18 minit yang menunjukkan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan menghantar bantuan kepada mangsa terjejas. 

USAID turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dan melindungi golongan rentan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jelajah Karnival KPDN 2024 catat jualan lebih RM6 juta
Next: Kes positif baharu ASF dikesan di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.