WASHINGTON: Dua pemancar gas rumah hijau terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China akan mengadakan rundingan di California pada hujung minggu ini berkaitan kemajuan menjelang sidang kemuncak iklim COP28 di Dubai.
Jabatan Negara dalam satu kenyataan semalam berkata, rundingan AS bersama Presiden China Xi Jinping akan berlangsung di pusat peranginan padang pasir Sunnylands iaitu tapak sidang kemuncak AS pertama ketika Xi mengambil alih kuasa pada 2013.
Menurut Jabatan Negara, ketibaan rakan sejawatan dari China Xie Zhenhua di ladang berhampiran Palm Springs bakal disambut oleh Utusan khas Presiden Amerika Syarikat (AS) atas isu perubahan iklim, John Kerry bermula esok hingga Selasa depan.
Kedua-dua pihak akan membincangkan pelaksanaan yang dipertingkatkan dan cita-cita serta usaha untuk mempromosikan COP28 yang berjaya,” kata Jabatan Negara.
Pemimpin dunia dan perunding iklim akan berkumpul di Dubai mulai 30 November untuk sidang kemuncak terbaharu yang diketuai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Antara isu dikupas ialah musim panas yang memecahkan rekod suhu tahun ini, kebakaran hutan yang meningkat dan bencana yang meningkat menimbulkan kebimbangan populasi planet.
Dua negara ekonomi terbesar dunia itu bersama-sama bertanggungjawab untuk hampir separuh daripada pelepasan gas rumah hijau, sering menjadi musuh di peringkat antarabangsa.
Pada sidang kemuncak Dubai itu, antara isu diberi perhatian ialah mengeluarkan butiran mengenai dana kerugian dan kerosakan, yang bukan sekadar membantu mereka menyesuaikan diri juga akan memberi pampasan kepada negara termiskin yang terjejas akibat perubahan iklim.
Pentadbiran Presiden AS Joe Biden tidak menentang dana itu tetapi menegaskan bahawa China meletakkan wang di dalamnya bersama negara-negara kaya, kerana mengetahui bahawa mendapatkan wang akan menjadi sukar dalam Kongres yang berpecah di mana saingan Parti Republikan penuh dengan keraguan iklim.
China, walaupun kini merupakan pemancar karbon terbesar, berpendapat bahawa AS memikul lebih banyak tanggungjawab dari segi sejarah dan negara-negara baharu muncul tidak seharusnya menghadapi kekangan yang tidak pernah menghalang Barat. – AFP