Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS catat 63,262 jangkitan baharu
  • GLOBAL

AS catat 63,262 jangkitan baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
BANGUNAN Jabatan Perbendaharaan AS dilihat di sebelah 15th Street yang hampir kosong pada waktu tengah hari di Washington DC.• Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merekodkan 63,262 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menurut statistik dikeluarkan Universiti JohnS Hopkins, Selasa.

Jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara itu sejak pandemik berkenaan bermula kini melepasi 3.42 juta, menurut universiti berpangkalan di Baltimore itu.

Covid-19 turut meragut nyawa 850 mangsa baharu di AS sepanjang 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 136,432, lapor sistem pengesan institut terbabit pada jam 8.30 malam semalam (waktu tempatan).

Negara terkaya dunia itu sejak beberapa minggu lalu menyaksikan peningkatan kadar jangkitan, kebanyakan di bahagian selatan dan barat, menjadikannya negara paling teruk dilanda Covid-19 setakat ini.

Di Florida misalnya, iaitu negeri pertama menarik semula perintah berkurung, kerajaan tempatan melaporkan 132 kematian semalam, iaitu rekod harian terbaru, manakala lebih 9,000 kes lagi dikesan di sana dalam tempoh 24 jam.

Susulan trend itu, beberapa negeri seperti California mengkaji semula pembukaan kedai dan perniagaan, manakala sejumlah besar lagi mula mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung di tempat awam. Semalam, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengeluarkan keputusan kajian yang menyokong penggunaan meluas penutup mulut dan hidung, bagi membendung wabak

Continue Reading

Previous: 23 hilang, banjir di Indonesia
Next: Disneyland Hong Kong kembali ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.