
(FILES) In this file photo taken on November 27, 2019 Ajax's Moroccan midfielder Zakaria Labyad (L) fights for the ball with Lille's Brazilian defender Gabriel dos Santos Magalhaes (R) during the UEFA Champions League group H football match between Lille LOSC and Ajax at the Pierre-Mauroy stadium in Lille, northern France. - Arsenal completed the signing of Brazilian defender Gabriel Magalhaes from Lille on Tuesday, Spetember 1, for a reported £22 million ($30 million). (Photo by DENIS CHARLET / AFP)

GABRIEL Magalhaes berkata, pengaruh pengurus Arsenal, Mikel Arteta dan pengarah teknikal Edu meyakinkannya untuk menyertai The Gunners setelah menyelesaikan perpindahan yang dilaporkan bernilai 22 juta pound dari Lille pada Selasa lalu.
Pemain pertahanan berusia 22 tahun itu juga mendapat minat dari Manchester United dan Napoli setelah mempamerkan persembahan impresif ketika Lille menduduki tempat keempat dalam musim Ligue 1 Perancis 2019/20 yang dipendekkan.
Gabriel menambah pasukan Arsenal yang semakin berkembang sejak bekas pemain tengah kelab itu, Edu meninggalkan peranannya sebagai penyelaras pasukan kebangsaan Brazil untuk menjadi pengarah teknikal tahun lalu.
Arteta, yang membimbing Gunners menjulang Piala FA dan Perisai Komuniti dalam sembilan bulan pertamanya bertugas, juga membantu keputusan akhir Gabriel.
“Edu dan saya ada bercakap mengenai Arsenal dan projek baru, kami banyak berbual.
“Seiringan dengan itu, saya merasa sangat teruja dengannya dan mendapat panggilan daripada jurulatih dan itu sangat meyakinkan.
“Memiliki jurulatih sendiri memanggil anda untuk berkata, dia menginginkan anda dalam skuadnya banyak mendorong anda. Sebab itu saya berada di sini hari ini.
“Kami tidak berbincang secara terperinci, dia hanya berkata kepada saya bahawa dia menyedari kualiti saya, kemampuan saya dan sejauh mana saya dapat pergi.
“Dia juga berkata dia akan sangat mahukan khidmat saya,” kata Gabriel kepada Arsenal Digital.
Walaupun berjaya merangkul piala, Arteta sedang berusaha untuk memperkuatkan barisan pertahanan setelah menduduki tangga kelapan dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu yang juga kedudukan liga terendah Arsenal sejak 1994/95.
Gabriel menyertai dua pemain antarabangsa Brazil lain yang berpengalaman David Luiz dan Willian, yang merupakan satu-satunya pemain yang menandatangani kontrak dengan Aresenal musim ini.
Arsenal juga dilaporkan hampir bersetuju dengan satu lagi perjanjian pinjaman musim ini untuk Dani Ceballos dari Real Madrid, sementara Arteta berkata, selepas kemenangan Perisai Komuniti, Sabtu lepas ke atas Liverpool bahawa kapten kelab, Pierre-Emerick Aubameyang hampir melanjutkan kontraknya untuk kekal di Emirates. – AFP