Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal tangguh kejuaraan Liverpool
  • SUKAN

Arsenal tangguh kejuaraan Liverpool

Utusan Sarawak 4 weeks ago
AKSI antara Arsenal dan Ipswich sebentar tadi. Foto AFP

IPSWICH: Arsenal meraih kemenangan meyakinkan 4-0 ke atas Ipswich Town sebentar tadi, sekali gus menangguhkan peluang Liverpool untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih awal.

Leandro Trossard menjaringkan dua gol, manakala pemain tuan rumah, Leif Davis, dilayangkan kad merah kerana terjahan berbahaya ke atas Bukayo Saka.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 66 mata dan kekal di tangga kedua liga.

Liverpool, yang dijadualkan menentang Leicester City – pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran – masih hanya perlu menang dua daripada baki perlawanan mereka untuk memastikan gelaran liga menjadi milik mereka.

Skuad kendalian Mikel Arteta mendominasi sejak wisel permulaan, dengan Trossard membuka tirai jaringan pada minit ke-14.

Gabriel Martinelli kemudian menggandakan kedudukan menerusi penyudah mudah pada minit ke-28, sebelum pemain Ipswich, Davis, diperintah keluar padang selepas mengasari Saka secara keras.

Trossard mencetak gol keduanya pada minit ke-69 dan pemain muda Ethan Nwaneri melengkapkan malam gemilang The Gunners dengan gol keempat di penghujung permainan.

Kekalahan itu mengekalkan Ipswich di tangga ke-18 dengan hanya 21 mata.

Mereka kini di ambang penyingkiran dan bakal tersingkir sekiranya gagal meraih mata lagi atau sekiranya West Ham United yang berada di kedudukan ke-17, mengutip satu lagi mata daripada baki lima perlawanan mereka.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Faisal Halim alami retak tulang hidung
Next: Liverpool perlukan satu kemenangan lagi untuk sahkan kejuaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.