Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal pencabar utama, kata Slot
  • SUKAN

Arsenal pencabar utama, kata Slot

Utusan Sarawak 7 months ago

Arne Slot. Foto AFP

LONDON: Arne Slot berkata Liverpool di bawah kendaliannya ‘memenuhi jangkaan’ selepas permulaan cemerlang mereka musim ini menjelang ujian getir bertemu Arsenal.

The Reds kini mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan tujuh kemenangan dalam lapan perlawanan pertama mereka dan turut mencatat kemenangan dalam ketiga-tiga perlawanan Liga Juara-Juara setakat ini.

Pada awal pagi Isnin ini, Slot akan membawa pasukannya bertemu Arsenal dengan peluang untuk melebarkan jurang kepada tujuh mata ke atas The Gunners.

Beliau memberitahu wartawan hari ini bahawa dirinya menjangkakan ujian sukar di Emirates menentang skuad bimbingan Mikel Arteta, yang kekurangan khidmat beberapa pemain utama.

“Jika melihat kepada dua musim lalu, Arsenal jauh di hadapan kami, begitu juga Chelsea (yang ditewaskan Liverpool 2-1 minggu lalu),” katanya.

“Jadi anda mengandaikan bertemu dengan Arsenal akan menjadi lebih sukar, tetapi kita perlu lihat di penghujung musim di mana kedudukan Chelsea dan Arsenal.

“Kerana ini adalah perlawanan di tempat lawan, mungkin perlawanan ini lebih sukar daripada menentang Chelsea di tempat sendiri, dan kita semua tahu betapa sukarnya perlawanan menentang Chelsea di tempat sendiri,” katanya lagi.

Musim lalu, Liverpool hanya meraih tiga mata daripada empat perlawanan mereka menentang juara bertahan, Manchester City dan Arsenal, yang menamatkan saingan di tempat kedua.

“Tiada siapa yang tahu pada peringkat awal ini siapa akan menjadi pesaing utama anda, tetapi saya rasa kita semua tahu bahawa Arsenal adalah salah satu daripadanya,” kata Slot. – AFP

Continue Reading

Previous: United sekadar seri berdepan Fenerbahce, Mourinho kena kad merah
Next: Ashley, anak Sarawak bangkit ketuai cabaran negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.