Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal kembali kejar Liverpool
  • SUKAN

Arsenal kembali kejar Liverpool

Utusan Sarawak 2 months ago
BERBISA…Pemain Arsenal, Mikel Merino (kanan) menjaringkan gol pasukannya ketika menentang Chelsea di Stadium Emirates sebentar tadi.-Foto AFP

LONDON: Arsenal tetap menaruh harapan untuk mengejar Liverpool di puncak liga selepas  menewaskan seteru London, Chelsea 1-0 untuk kemenangan pertama mereka dalam empat aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Mikel Merino meledak pada minit ke-20 apabila dia menanduk masuk mengatasi Robert Sanchez di gawang gol Chelsea selepas menerima hantaran sudut Martin Odegaard.

Kemenangan itu memberikan pasukan tangga kedua, Arsenal 12 mata di belakang Liverpool yang akan berdepan Newcastle United pada final Piala Liga tengah malam ini.

Kedua-dua pasukan sudah bermain 29 perlawanan dan masih berbaki sembilan lagi aksi.

Chelsea kini di kedudukan keempat, satu mata di depan Manchester City dan lima di belakang pasukan tangga ketiga, Nottingham Forest

Sementara itu, Rodrigo Muniz dan Ryan Sessegnon meledak pada penghujung perlawanan bagi memberikan Fulham kemenangan 2-0 mengatasi Tottenham Hotspur ketika skuad Cottagers mengurangkan jurang mata dengan pencabarnya bagi mencari aksi bola sepak Eropah musim depan.

Fulham jauh lebih baik pada babak pertama tetapi gagal menggunakan kelebihan itu dan Spurs banyak berubah selepas rehat dengan dua kali tandukan Dominic Solanke tersasar manakala satu lagi turut gagal menemui sasaran.

Namun Muniz menampilkan aksi terbaik dengan gol 12 minit sebelum tamat dan bekas pemain akademi Fulham, Sessegnon, yang berhijrah ke Spurs pada 2019 sebelum kembali pada Julai, meledak jaringan kedua bagi mengesahkan kemenangan pada minit ke-88.

Kemenangan meletakkan Fulham di tangga kelapan, 45 mata daripada 29 perlawanan – tiga di belakang Manchester City di tangga kelima yang mungkin sudah cukup bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara, Spurs kekal di tangga ke-13, 34 mata daripada 29 perlawanan.– AFP

Continue Reading

Previous: Kedudukan Terkini Liga Super 2024/25
Next: Liverpool gagal pertahan Piala Liga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.