Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arnold kekal di Liverpool?
  • SUKAN

Arnold kekal di Liverpool?

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TRENT Alexander-Arnold meledak gol tunggal kemenangan ke atas Leicester 1-0 yang menyaksikan Liverpool kini hanya memerlukan tiga mata lagi untuk menjuarai liga. Foto AFP

LONDON: Trent Alexander-Arnold dilaporkan menerima tawaran pembaharuan kontrak pada saat-saat akhir daripada Liverpool, di tengah-tengah spekulasi berterusan mengenai perpindahannya ke Real Madrid pada musim panas ini.

Pemain antarabangsa England itu sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol, dan walaupun belum disahkan sama ada dia akan menyertai pasukan kendalian Carlo Ancelotti, laporan terbaharu menyebut bahawa perjanjian itu hampir dimuktamadkan.

Namun, selepas menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Leicester City hujung minggu lalu – yang mencetuskan sambutan hebat dalam kalangan penyokong, ramai mula berpendapat bahawa perpindahan ke Madrid mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Alexander-Arnold kini menjadi satu-satunya pemain daripada “trio utama” Arne Slot yang belum menandatangani kontrak baharu.

Dua lagi tonggak pasukan, Virgil van Dijk dan Mohamed Salah, masing-masing sudah memperbaharui kontrak mereka di Anfield tahun ini sesuatu yang dilihat boleh menjadi dorongan buat Alexander-Arnold untuk terus kekal bersama kelab zaman kanak-kanaknya.

TRENT Alexander-Arnold meledak gol tunggal kemenangan ke atas Leicester 1-0 yang menyaksikan Liverpool kini hanya memerlukan tiga mata lagi untuk menjuarai liga. Foto AFP

Selepas meledak gol tunggal kemenangan ke atas Leicester 1-0 yang menyaksikan Liverpool kini hanya memerlukan tiga mata lagi untuk menjuarai liga, muncul laporan baharu bahawa pihak kelab segera menawarkan kontrak baharu kepada bintang berusia 25 tahun itu.

Menurut laporan dari Fichajes di Sepanyol, Alexander-Arnold masih digambarkan sebagai “amat hampir” menjadi pemain Real Madrid.

Namun, Liverpool dikatakan belum berputus asa.

Pihak pengurusan tertinggi kelab dilaporkan sedang bekerja keras “siang dan malam” untuk mencapai kata sepakat baharu, dengan laporan menyebut bahawa “tawaran pembaharuan terakhir yang mungkin mampu meyakinkan pertahanan itu untuk terus kekal di Merseyside” sedang disiapkan.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mbappe akan diturunkan untuk berdepan Barca
Next: Gol saat akhir Nunes gembirakan City

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.