Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Argentina berdepan lonjakan kes hantavirus, cetus pertikaian dengan WHO
  • KESIHATAN

Argentina berdepan lonjakan kes hantavirus, cetus pertikaian dengan WHO

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR hiasan.

BOGOTA: Argentina berdepan lonjakan kes hantavirus dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ketika penyakit itu turut mencetuskan pertikaian diplomatik dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pihak berkuasa kesihatan Argentina berusaha membendung peningkatan kes yang hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas, manakala kerajaan negara itu menuduh WHO “mempolitikkan” wabak berkenaan.

Menurut buletin epidemiologi terbaharu yang dikeluarkan pada Isnin, Argentina merekodkan 101 kes sepanjang musim 2025-2026 yang bermula Jun lepas, berbanding 57 kes dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

“Di seluruh negara, musim 2025-2026 menunjukkan jumlah kes melebihi ambang wabak bagi sebahagian besar tempoh yang dianalisis,” menurut Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu turut memaklumkan peningkatan kes berlaku secara berterusan dan belum menunjukkan tanda-tanda perlahan.

Setakat tahun kalendar 2026 sahaja, sebanyak 42 kes direkodkan ketika pihak berkuasa mempergiat protokol pengesanan awal.

Pakar mengaitkan lonjakan itu dengan beberapa faktor persekitaran, termasuk kemarau yang disusuli hujan lebat.

Tempoh kering menyebabkan rodensia memasuki kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan, manakala hujan lebat membantu penyebaran benih yang seterusnya meningkatkan populasi haiwan itu.

Kementerian Kesihatan turut mengaitkan peningkatan kes dengan pertambahan interaksi manusia dengan persekitaran liar termasuk kemusnahan habitat, peluasan penempatan luar bandar dan perubahan kawasan endemik akibat perubahan iklim.

Pertikaian dengan WHO tercetus susulan wabak di MV Hondius, kapal persiaran mewah yang berlepas dari pelabuhan Ushuaia, Argentina.

Pada Mac 2026, Argentina secara rasmi menarik diri daripada WHO, mengikuti langkah Amerika Syarikat.

Pada Khamis, Kementerian Kesihatan Argentina menuduh WHO “mengeksploitasi” jangkitan di kapal persiaran itu untuk “mempengaruhi keputusan negara itu.”

Walaupun wujud ketegangan politik, pegawai kesihatan menegaskan pemantauan epidemiologi pencegahan masih diteruskan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mengenal pasti sumber sebenar jangkitan di atas MV Hondius. – Bernama

Continue Reading

Previous: Wabak hantavirus di kapal persiaran babitkan virus Andes – WHO
Next: SCAN bimbang cadangan potongan RM3.06 bilion belanjawan operasi KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.