Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia
  • GLOBAL

Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia

Utusan Sarawak 11 months ago

RIYADH: Arab Saudi meluluskan reka bentuk menara sukan tertinggi di dunia yang akan dibina di Riyadh, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Saudi, semalam.

The Global Sports Tower atau Menara Sukan Global akan menjadi mercu tanda penting dalam projek Sports Boulevard.

Menurut laporan, menara ini direka untuk mencapai ketinggian 130 meter dengan keluasan dalaman kira-kira 84,000 meter persegi.

Ia akan merangkumi lebih 30 kemudahan sukan dan tembok panjat (climbing wall) dalam bangunan setinggi 98 meter dan dijangka menjadi yang tertinggi di dunia.

Arab Saudi melancarkan projek Sports Boulevard pada 2019, yang direka merangkumi lebih 4.4 juta meter persegi kawasan hijau, ruang terbuka dan sehingga 50 kemudahan sukan pelbagai disiplin. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang
Next: Gelombang haba melampau landa Itali, ‘amaran merah’ dikeluarkan untuk 11 bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.