Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Arab Saudi lancar syarikat penerbangan baharu di sebalik perang Iran
  • TEMPATAN

Arab Saudi lancar syarikat penerbangan baharu di sebalik perang Iran

Utusan Sarawak 3 hours ago
RIYADH Air dijangka mengendalikan penerbangan ke 22 bandar menjelang Mac depan dan memperluaskan rangkaiannya kepada sekitar 100 destinasi dalam beberapa tahun akan datang. Foto AFP

KAHERAH: Di sebalik gangguan besar terhadap operasi trafik udara susulan perang Iran, Arab Saudi melancarkan syarikat penerbangan baharu, Riyadh Air, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pesawat syarikat penerbangan baharu itu mendarat di London pada Rabu selepas berlepas dari ibu negara Arab Saudi, Riyadh, menurut penjejak penerbangan Flightradar24.

Selain London, syarikat penerbangan itu pada peringkat awal akan menyediakan penerbangan dari Riyadh ke Manchester, Madrid, Kaherah, Dubai dan bandar pesisir Jeddah di Arab Saudi. Syarikat itu dijadual memperluas perkhidmatan ke 22 bandar menjelang Mac dan sekitar 100 destinasi dalam beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Tony Douglas berkata rantau kecil India akan menjadi pasaran yang amat penting bagi syarikat penerbangan itu, menurut saluran berita Al-Arabiya.

Setakat ini, armada syarikat itu terdiri daripada pesawat Boeing, namun Douglas berkata pihaknya menjangkakan penghantaran pertama pesawat Airbus pada penghujung tahun ini.

“Kami kini sudah mula beroperasi dan amat teruja,” katanya menurut laporan itu.

Riyadh Air ialah syarikat penerbangan milik kerajaan kedua negara itu selepas Saudia dan bertujuan membantu mempercepat program pembaharuan negara dikenali sebagai Visi 2030. Arab Saudi menyasarkan untuk meningkatkan peranannya sebagai hab pelancongan, perdagangan dan logistik, selain mengurangkan kebergantungan terhadap minyak.

Riyadh Air dijangka membantu membawa lebih ramai pelancong dan pengembara perniagaan ke negara itu, yang bersaing terutamanya dengan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam sektor berkenaan.

Dalam tempoh lebih tiga bulan perang Iran, operasi trafik udara, perdagangan dan pelancongan di rantau itu terjejas secara luar biasa. Iran melancarkan ribuan peluru berpandu, dron dan peluru berpandu jelajah ke atas negara Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Banyak penerbangan dibatalkan, manakala harga tiket meningkat ketara, menjejaskan syarikat penerbangan negara seperti Qatar Airways dan Emirates.

“Kita semua berharap konflik ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” kata Douglas kepada saluran berita Al-Arabiya. Bagaimanapun, beliau berkata asas penubuhan syarikat penerbangan baharu itu secara keseluruhannya “amat kukuh.”- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: AirBorneo mohon maaf atas gangguan penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.