Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi lancar platform berkuasa AI untuk ajar Surah Al-Fatihah kepada jemaah sedunia
  • GLOBAL

Arab Saudi lancar platform berkuasa AI untuk ajar Surah Al-Fatihah kepada jemaah sedunia

Utusan Sarawak 2 months ago

MADINAH: Presidensi Hal Ehwal Agama Arab Saudi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melancarkan platform digital inovatif bagi mengajar Surah Al-Fatihah, termasuk hukum tajwid serta membetulkan bacaan, sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital untuk meningkatkan pengalaman pengunjung ke dua masjid suci itu.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), platform itu boleh diakses melalui https://fatiha.prh.gov.sa/homedan direka khas untuk jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia.

Ia menawarkan kandungan pendidikan yang menyeluruh merangkumi tafsiran, bacaan serta hafazan Al-Quran dalam pelbagai bahasa.

Platform mesra pengguna ini turut dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dapat mengesan serta membetulkan kesilapan bacaan secara audio, selain menyediakan laporan berkala terperinci bagi menjejak kemajuan individu. – BERNAMA-SPA

Continue Reading

Previous: Sindiket seludup haiwan eksotik dipatahkan
Next: MAHB, Qantas, Jetstar, Virgin bincang penerbangan terus ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.