SEMATAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lundu/Sematan bertindak memusnahkan sarang tebuan naning yang ditemukan pada pelepah pokok sawit berhampiran sebuah rumah selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, semalam.
Menurut kenyataan APM Lundu/Sematan, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sematan menerima satu panggilan kecemasan berkaitan kes memusnahkan sarang serangga (MSS).
Pengadu memaklumkan terdapat sarang tebuan naning pada pelepah pokok sawit berhampiran rumahnya dan bimbang keadaan itu boleh mengancam keselamatan penghuni.
Susulan itu, pengadu memohon bantuan APM Sematan untuk memusnahkan sarang serangga berkenaan.




