APM Saratok musnahkan sarang lebah madu sebesar penutup tong sampah

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM memusnahkan sarang lebah madu sebesar penutup tong sampah yang berada di atas pokok berhampiran sebuah rumah di Lot Wawasan Kampung Melango. Foto APM Saratok

SARATOK, 11 Oktober: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok memusnahkan sarang lebah madu sebesar penutup tong sampah yang ditemukan pada sebatang pokok berhampiran sebuah rumah di Lot Wawasan, Kampung Melango, dekat sini semalam.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 5.45 petang yang memaklumkan mengenai kewujudan sarang lebah madu di lokasi berkenaan.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan oleh tiga anggota Skuad ASPA 03 yang bertolak ke lokasi pada 8.36 malam dan tiba tiga minit kemudian.

“Sarang lebah madu sebesar penutup tong sampah itu berjaya dimusnahkan menggunakan teknik pembakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ketua skuad memastikan semua anggota memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dan keadaan di lokasi selamat sebelum operasi dimulakan.

Operasi itu selesai pada 8.54 malam tanpa sebarang kemalangan atau kejadian tidak diingini.

Tambahnya, anggota turut memastikan semua bara api di sekitar lokasi dipadamkan sepenuhnya sebelum beredar bagi mengelakkan risiko kebakaran.

APM menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap kewujudan sarang lebah di kawasan kediaman serta mendapatkan bantuan pihak berkenaan jika tindakan lanjut diperlukan.

Oleh Adi Safarman