
LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang berjaya menangkap seekor ular daun sepanjang satu meter yang menyorok pada wayar lampu di Kampung Pahlawan malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 7.13 malam mengenai penemuan ular berkenan.
“Sepasukan anggota diketuai Lan Koperal (PA) Amirul Matusin bergegas ke lokasi sejauh 12 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang.
“Sebaik tiba di lokasi ular daun sepanjang satu meter itu dilihat berada di wayar lampu rumah penduduk.
“Anggota kita melakukan pengoperasian dan ular berkenaan berjaya ditangkap dengan menggunakan kaedah menyepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bonnie menjelaskan sebanyak sembilan kes membabitkan tangkapan ular diterima pihaknya sepanjang Mac ini.
Oleh Adeng Edrus