APM Debak berjaya kawal kebakaran belukar di Kampung Lot Debak Laut

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN belukar yang berlaku di kawasan padang bola sepak Kampung Lot Debak Laut, hari ini. Foto APM Debak

DEBAK: Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Debak bersama penduduk setempat berjaya mengawal kebakaran belukar yang berlaku di kawasan padang bola sepak Kampung Lot Debak Laut, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Debak, Leftenan Muda Mohd Hanif Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.54 petang sebelum menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian dua minit kemudian.

Beliau berkata, pasukan APM tiba di lokasi pada 7.00 malam dan mendapati kebakaran membabitkan kawasan belukar di padang bola sepak kampung berkenaan.

Menurutnya, operasi pemadaman segera dijalankan dengan kerjasama penduduk sekitar bagi mengelakkan api daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Debak menjalankan operasi pemadaman kebakaran belukar di kawasan padang bola sepak Kampung Lot Debak Laut, hari ini. Foto APM Debak

“Usaha pemadaman berjaya dikawal dalam tempoh singkat dan operasi di lokasi selesai pada 7.10 malam sebelum anggota kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hanif berkata, operasi berkenaan melibatkan empat anggota APM daripada Skuad ASPA 03 yang diketuai beliau dengan sokongan logistik termasuk sebuah ambulans, tiga topi keledar keselamatan dan tiga pasang sarung tangan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan sepanjang operasi dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan pantas diambil demi keselamatan awam serta mengelakkan kebakaran daripada merebak.

Oleh Adi Safarman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis