LIMBANG: Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa menggunakan perahu untuk menghantar seorang pesakit lelaki mendapatkan rawatan ke hospital Limbang hari ini.
Pesakit kemudian dihantar ke hospital sebaik tiba di jeti perahu Kastam Limbang dari Kampung Seberang Kedai.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggotanya diketuai Lan Koperal (PA) Amirul Matusin bergegas ke lokasi Kampung Seberang Kedai menggunakan perahu sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.35 pagi tadi.
“Sebaik tiba dilokasi, kita berjumpa dengan pengadu lelaki dewasa dan memaklumkan mangsa mengalami bengkak kaki kiri dan kanan, tidak dapat berjalan.
“Pasukan kita membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa dalam keadaan sedar namun tidak dapat berjalan dan menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.