Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anwar, Macron adakan pertemuan dua hala di G20
  • SEMASA

Anwar, Macron adakan pertemuan dua hala di G20

Utusan Sarawak 6 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa Mesyuarat Dua Hala sempena Sidang Kemuncak G20 yang diadakan di Muzium Seni Moden (MAM). FotoBERNAMA

RIO DE JANEIRO (Brazil): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron di luar sesi Sidang Kemuncak G20 di sini.

“Dalam pertemuan ini, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Pertemuan tersebut merangkumi pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan, pertahanan, serta kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI),” kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini, semalam.

Anwar dan Macron turut membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, serta mengucapkan penghargaan kepada Presiden Macron atas sokongan beliau melalui Kerjasama Pembangunan ASEAN-Perancis.

Selain itu, kedua-dua pemimpin itu juga sempat membincangkan isu genosid yang berlaku di Palestin, yang memerlukan gencatan senjata segera serta kerjasama daripada semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak sasar pelancong India, Asia Barat
Next: Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.