Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anwar dedah sistem digital MAHB diserang, pengodam tuntut AS$10 juta
  • SEMASA

Anwar dedah sistem digital MAHB diserang, pengodam tuntut AS$10 juta

Utusan Sarawak 2 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan anugerah balai polis cemerlang MCPF 2024 pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke- 218 tahun 2025 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini. Turut bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah diserang baru-baru ini dengan penggodam menuntut bayaran AS$10 juta.

Beliau, berkata kerajaan, bagaimanapun, tidak tunduk kepada ugutan itu, selain menyatakan keperluan meningkatkan sistem negara dengan dana tambahan kepada beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Bank Negara Malaysia. 

“Semalam kita bicara tentang serangan siber dan hacking (godam) dan agak berat terhadap MAHB. Jadi perbincangan bagaimana menyelesaikan, termasuk tuntutan daripada penggodam untuk memperolehi dana AS$10 juta atau sebagainya, saya dimaklumkan.

“Saya tak tunggu lima saat. Saya terus jawab “No”. Tidak mungkin negara ini akan selamat kalau pimpinan dan sistemnya mengizinkan kita tunduk kepada ultimatum penjenayah dan perkhianatan,” katanya pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis, di sini.

Perdana Menteri, bagaimanapun, tidak memperincikan lebih lanjut tentang serangan siber terhadap sistem MAHB tersebut.

Bersempena sambutan Hari Polis, Anwar berharap PDRM meningkatkan kekuatan pasukan termasuk bersikap lebih tegas terhadap isu rasuah, tatakelola dan tidak menyerah kepada mana-mana pihak yang membuat ugutan. 

“Saya yakin bila bicara soal pembanterasan rasuah dan tatakelola, sekiranya agensi penguat kuasa seperti PDRM dan lain-lain secara tegas dan keras untuk satu dua tahun ini, tidak tolak ansur sama sekali, tidak peduli pangkat dan pengaruh mereka, ambil tindakan sekeras-kerasnya… saya yakin suasana suasana politik dan iklim negara ini akan jauh lebih baik,” kata beliau.

Turut hadir pada sambutan itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Projek Jalan Rambai Bulau RM57 juta dijangka siap Februari 2028
Next: 1,053 tan metrik kelapa tua bernilai RM2.42 juta diimport FAMA setakat 23 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.