Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar beri ‘lampu hijau’ kepada SPRM siasat menteri, pegawai terpalit isu rasuah
  • NASIONAL

Anwar beri ‘lampu hijau’ kepada SPRM siasat menteri, pegawai terpalit isu rasuah

Utusan Sarawak 2 years ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menyiasat mana-mana menteri, pegawai kerajaan termasuk pegawai khas kepada Anwar sendiri, sekiranya wujud elemen rasuah.

Mendedahkan perkara tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, Anwar sebagai seorang individu yang serius dalam membanteras elemen rasuah, pernah memberitahunya untuk tidak menunggu arahan beliau untuk melakukan siasatan ke atas mana-mana mereka yang terpalit isu rasuah.

“Pernah dia (Anwar) berkata kepada saya, Azam, kalau sekiranya ada pegawai kerajaan, menteri-menteri kaya ke atau pegawai khas saya ke, atau mana-mana pegawai khas, kalau sekiranya anda rasa ada mereka melakukan rasuah, sila siasat.

“Jangan tunggu untuk arahan atau kebenaran dari saya, Saya berikan anda kebenaran untuk menyiasat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jumlah kelahiran di Malaysia berkurangan 2.8 peratus pada suku ketiga 2023
Next: Penyelesaian digital bantu pengusaha kelapa sawit tingkat kecekapan, produktiviti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.