Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anugerah Seri Angkasa 2024 terima 1,860 pencalonan
  • SEMASA

Anugerah Seri Angkasa 2024 terima 1,860 pencalonan

Utusan Sarawak 8 months ago

PUTRAJAYA: Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 menerima 1,860 pencalonan bagi tiga kategori, peningkatan 17 peratus daripada edisi 2022, iaitu 1,585 pencalonan.

Jawatankuasa Promosi dan Publisiti Anugerah Seri Angkasa 2024 dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 1,287 pencalonan untuk kategori televisyen, 515 kategori radio dan 58 kategori media baharu.

Ketiga-tiga kategori itu mempertandingkan sebanyak 60 anugerah dan senarai lima teratas bagi setiap kategori anugerah juga telah disenarai pendek hasil penilaian juri profesional yang dilantik.

ASA, anjuran Kementerian Komunikasi merupakan medium pengiktirafan kepada penggiat industri kreatif penyiaran, mempromosikan karya-karya kreatif kepada orang ramai dan memperkukuh komuniti kreatif negara sekali gus melonjakkan potensi ekonomi jingga atau ekonomi kreatif.

Maklumat lanjut mengenai senarai lima teratas ASA 2024 boleh didapati menerusi laman sesawang www.anugerahseriangkasa.gov.my. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premis GISBH di Sabah, Sarawak tutup, polis cadang tindakan geledah, sita
Next: PM Anwar rasmi Program Madani Rakyat di Miri esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.