Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anjing liar berkeliaran sekitar Taman Tunku cetus kebimbangan
  • Utara
  • WILAYAH

Anjing liar berkeliaran sekitar Taman Tunku cetus kebimbangan

Utusan Sarawak 2 months ago
BERKELIARAN… Sekumpulan anjing liar yang didapati berkeliaran di sekitar Taman Tunku di Miri.

MIRI: Masalah anjing liar di sekitar Taman Tunku di sini bukan perkara baharu, sebaliknya sudah lama berlaku dan berlarutan hingga kini.

Kelibat haiwan berkenaan menyelongkar tong sampah bagi mencari sisa makanan menimbulkan isu kebersihan serta keselamatan penduduk.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati lokasi tumpuan anjing liar ini di kaki lima kedai, persekitaran premis makanan, pasar tamu dan di bawah kenderaan untuk mencari makanan dan rehat.

Haiwan itu turut menyelongkar tempat pembuangan sampah untuk mencari sisa makanan menyebabkan kawasan sekitar kotor.

Anjing liar yang dipercayai tidak bertuan ini juga sering bergerak berkumpulan pada waktu malam dan tidur di tengah jalan raya.

Walaupun belum berlaku sebarang kes serangan melibatkan anjing liar ini, tindakan mengatasi masalah kehadiran haiwan berkenaan perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa tempatan kerana ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan kesihatan.

Ini sekali gus mengelakkan risiko penularan wabak rabies atau penyakit anjing gila yang boleh dibawa oleh anjing liar.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 30 anggota PDRM sertai program kebaktian sempena Hari Polis di Marudi
Next: Empat usahawan tarik nafas lega, terima bantuan peralatan perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.