
Wang Haoze, jurutera angkasa lepas wanita pertama China
BEIJING: Wang Haoze, jurutera angkasa lepas wanita pertama China yang bekerja di stesen angkasa negara itu, mengucapkan ucapan kepada wanita dan gadis dalam video yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Lepas Kendalian Manusia China sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac, lapor Xinhua.
“Saya harap anda boleh menjadi bulan yang terang, serta bintang-bintang yang berkelipan. Jadilah cahaya matahari kecil anda sendiri, dan membesar dalam musim bunga yang berseri dan mempesonakan,” kata Wang dalam video yang dirakam di atas stesen angkasa Tiangong yang mengorbit.
Wang ialah wanita China ketiga yang mengambil bahagian dalam misi penerbangan angkasa lepas dengan anak kapal.
Bersama dua lagi angkasawan Shenzhou-19, Cai Xuzhe dan Song Lingdong, Wang memulakan misi penerbangan angkasa lepas selama enam bulan pada 30 Okt 2024.
— BERNAMA-XINHUA