Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angkasawan tertua NASA tamat misi angkasa pada hari lahir ke-70
  • GLOBAL

Angkasawan tertua NASA tamat misi angkasa pada hari lahir ke-70

Utusan Sarawak 4 weeks ago
ANGGOTA kru Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan angkasawan NASA, Don Pettit, dibawa ke khemah perubatan sejurus selepas mendarat dengan kapsul angkasa Soyuz MS-26 bersama angkasawan Roscosmos, Alexei Ovchinin dan Ivan Vagner, di kawasan terpencil berhampiran Zhezkazgan, Kazakhstan.

WASHINGTON: Kebanyakan warga emas meraikan ulang tahun kelahiran ke-70 dalam suasana tenang bersama keluarga, namun Don Pettit, menyambutnya dengan menamatkan misi tujuh bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Angkasawan tertua Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) itu menyambut ulang tahun kelahirannya ke-70 semalam, mendarat di Kazakhstan bersama dua rakan dari Russia, Alexei Ovchinin dan Ivan Vagner, menggunakan kapsul Soyuz MS-26 tepat jam 4.20 pagi waktu Moscow (9.20 pagi waktu Malaysia).

Sepanjang 220 hari di angkasa, Pettit dan dua rakannya, Ovchinin dan Vagner, mengelilingi Bumi sebanyak 3,520 kali dan mencatatkan perjalanan sejauh 93.3 juta batu sepanjang misi berkenaan.

Ia merupakan penerbangan ke angkasa lepas yang keempat buat Pettit, yang kini sudah meluangkan lebih 18 bulan di orbit sepanjang kerjayanya selama 29 tahun.

Ketiga-tiga angkasawan itu mendarat di kawasan terpencil di tenggara Kazakhstan selepas berlepas dari ISS lebih tiga jam sebelum itu.

Imej NASA menunjukkan kapsul kecil itu mendarat dengan payung terjun ketika matahari terbit menjadi latar belakang.

Angkasawan dilihat memberi isyarat tanda bagus ketika diselamatkan dan dibawa keluar ke khemah perubatan sementara.

NASA dalam kenyataan berkata, walaupun kelihatan agak keletihan ketika ditarik keluar dari kapsul, Pettit dilaporkan berada dalam keadaan baik dan dalam jangkaan normal selepas kembali ke Bumi.

Pettit kemudiannya dijadualkan untuk diterbangkan ke bandar Karaganda di Kazakhstan sebelum menaiki pesawat NASA menuju ke Pusat Angkasa Johnson di Texas, Amerika Syarikat (AS).

Menurut NASA, sepanjang tempoh di ISS, ketiga-tiga mereka menjalankan penyelidikan dalam bidang seperti teknologi penulenan air, pertumbuhan tumbuhan dalam pelbagai keadaan serta kelakuan api dalam keadaan mikrograviti.

Misi tujuh bulan mereka hanya sedikit lebih singkat berbanding misi sembilan bulan yang tidak dirancang membabitkan dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams.

Mereka terkandas di makmal orbit selepas kapal angkasa yang mereka uji mengalami masalah teknikal dan dianggap tidak selamat untuk membawa mereka pulang ke Bumi.

Angkasa lepas kini menjadi antara bidang kerjasama terakhir antara AS dan Russia di sebalik keretakan hubungan hampir sepenuhnya antara kedua-dua negara itu susulan konflik di Ukraine. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pesawat amfibia dibangunkan China dapat kelulusan untuk pasaran
Next: Apa akan berlaku selepas kematian Paus Francis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.