Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban gempa bumi Filipina meningkat kepada 45, 17 masih hilang
  • GLOBAL

Angka korban gempa bumi Filipina meningkat kepada 45, 17 masih hilang

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki mengambil gambar sebuah bangunan yang runtuh selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda General Santos City pada 9 Jun 2026. Foto AFP

ISTANBUL: Angka korban gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 yang melanda luar pantai Mindanao di selatan Filipina awal minggu ini meningkat kepada 45 orang, manakala pasukan penyelamat masih meneruskan pencarian 17 individu yang hilang, menurut pegawai pengurusan bencana pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina memaklumkan bahawa seramai 487 orang dilaporkan cedera, menurut laporan media tempatan, Philstar.

Daripada jumlah kematian yang disahkan, 33 direkodkan di Wilayah 12 dan 12 lagi di Wilayah 11, namun pihak berkuasa berkata angka itu masih tertakluk kepada pengesahan.

Gempa bumi yang berlaku pada 7.37 pagi waktu tempatan Isnin di luar pantai wilayah Sarangani menyebabkan kerosakan meluas di beberapa kawasan di Mindanao, meruntuhkan bangunan, mengganggu bekalan elektrik dan air serta mencetuskan tanah runtuh di beberapa lokasi.

Operasi mencari, menyelamat dan mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan di kawasan terjejas, sekali gus meningkatkan kemungkinan angka korban terus bertambah.

Gempa bumi itu mencetuskan sekurang-kurangnya 10 kejadian tanah runtuh, termasuk beberapa insiden di wilayah selatan Mindanao.

Di wilayah Sarangani, seramai 13 penduduk di Barangay New Aklan dilaporkan tertimbus selepas tanah runtuh melanda kawasan itu.

PENDUDUK mengumpulkan barangan mereka selepas gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda General Santos City pada 9 Jun 2026. Foto AFP

Pihak berkuasa turut menyiasat laporan bahawa sebuah kampung mungkin tertimbus sepenuhnya, namun kematian berkaitan kejadian itu masih belum dapat disahkan.

Bencana itu turut menyebabkan kerosakan meluas terhadap infrastruktur. Pegawai melaporkan kerosakan membabitkan 18 jambatan, 41 jalan raya dan 238 kemudahan awam, dengan beberapa laluan pengangkutan masih tidak dapat dilalui.

Gangguan bekalan elektrik menjejaskan kira-kira 130,000 pengguna, manakala hospital terus beroperasi dalam keadaan sukar dengan pesakit dirawat di khemah susulan gegaran susulan dan kebimbangan terhadap struktur bangunan.

Lebih 149,000 orang terjejas akibat bencana itu, termasuk lebih 41,000 penduduk yang hilang tempat tinggal. Hampir 3,000 rumah mengalami kerosakan.

Kerajaan memaklumkan bantuan kecemasan bernilai 4.8 juta peso (US$78,080) telah diagihkan ketika usaha bantuan terus dijalankan di kawasan terjejas gempa bumi.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Aras laut naik dua kali ganda dalam sedekad – PBB
Next: Mei 2026 bulan kedua terpanas dalam rekod, Eropah dilanda gelombang haba awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.