Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban bangunan runtuh di Maghribi meningkat kepada 15
  • GLOBAL

Angka korban bangunan runtuh di Maghribi meningkat kepada 15

Utusan Sarawak 3 hours ago
PASUKAN penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan bangunan empat tingkat yang runtuh pada waktu malam di bandar Fes, Maghribi, pada 21 Mei 2026. Foto AFP

RABAT, Maghribi:  Angka korban akibat runtuhan bangunan kediaman bertingkat di bandar Fez, utara Maghribi meningkat kepada 15 orang pada Jumaat, manakala lima lagi cedera, lapor Anadolu Ajansi.

“Jumlah mangsa akibat insiden itu meningkat kepada 15 kematian dan lima cedera,” kata seorang pegawai kepada Anadolu.

Pegawai itu berkata bangunan kediaman lima tingkat di kejiranan Jnan Jroudi, daerah Ain Naqbi itu runtuh sepenuhnya.

PASUKAN penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan bangunan empat tingkat yang runtuh pada waktu malam di bandar Fes, Maghribi, pada 21 Mei 2026. Foto AFP

Menurut koresponden Anadolu, pihak berkuasa menamatkan operasi menyelamat susulan bangunan berkenaan runtuh secara tiba-tiba yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk bangunan berhampiran.

Pihak berkuasa turut mengosongkan empat bangunan bersebelahan dan membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca runtuhan.

Setakat ini, tiada maklumat berhubung punca kejadian dan pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pada Khamis, penyiar milik kerajaan Channel 2 melaporkan angka korban meningkat kepada 11 orang. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Dua pendaki India maut ketika turun dari Gunung Everest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.