WASHINGTON: Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu yang kini merebak ke lebih 190 negara di seluruh dunia melepasi angka 301,000 kes.Menurut statistik Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000 orang.
Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara merekodkan angka kematian tertinggi dan melepasi 85,000 kes.
United Kingdom (UK) dan Itali pula berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 33,000 dan 31,000 kes.
Ia diikuti Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 27,000 kes.
Negara lain merekodkan angka maut Covid-19 di bawah 14,000 kes. – AFP