Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anggota IPD Sibu pergiat rondaan berkala di kawasan ‘hotspot’ sekitar bandar   
  • Tengah
  • WILAYAH

Anggota IPD Sibu pergiat rondaan berkala di kawasan ‘hotspot’ sekitar bandar   

Utusan Sarawak 3 months ago
RONDAAN… Polis dan RELA melakukan rondaan berkala di kawasan hotspot sekitar Sibu bagi memastikan keselamatan penduduk. Foto IPD SIBU 

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerusi Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti terus mempergiatkan rondaan berkala di kawasan ‘hotspot’ sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, rondaan itu melibatkan lokasi tumpuan seperti pusat membeli-belah dan kawasan awam yang sering dikunjungi orang ramai.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan kehadiran anggota keselamatan sentiasa dirasai masyarakat.

“Ia juga berfungsi sebagai langkah pencegahan terhadap jenayah seperti kes ragut dan pencopetan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook IPD Sibu hari ini.

Menurutnya, usaha tersebut turut melibatkan kerjasama erat dengan Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memastikan tahap keselamatan awam sentiasa berada pada tahap optimum.

RONDAAN… Polis dan RELA melakukan rondaan berkala di kawasan hotspot sekitar Sibu bagi memastikan keselamatan penduduk. Foto IPD SIBU 

“Kehadiran pihak polis dan RELA di lapangan adalah mesej jelas bahawa kami komited memastikan keselamatan komuniti terjamin.

“Kolaborasi ini juga diharapkan dapat merapatkan hubungan antara pihak berkuasa dan masyarakat, sambil menggalakkan orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya lagi.

Zulkipli turut menyeru komuniti setempat untuk memainkan peranan bersama pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan bandar Sibu dengan sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama penuh.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Laluan utama dari Belaga ke Bintulu tidak dapat dilalui   
Next: PPS tutup, mangsa banjir dibenar balik ke rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.