Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Andrzej Duda berjaya pertahan jawatan
  • GLOBAL

Andrzej Duda berjaya pertahan jawatan

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN Poland, Andrzej Duda.

WARSAW: Presiden Poland, Andrzej Duda memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden, lapor agensi berita Xinhua, memetik Suruhanjaya Pilihan Raya (PKW) negara itu pada Isnin.

Penyandang yang menerima sokongan parti pemerintah, parti Law and Justice itu meraih 51.21 peratus undi. Pencabarnya Datuk Bandar Warsaw, Rafal Trzaskowski pula sekadar mendapat 48.79 peratus undi. 

Ketua PKW, Sylwester Marciniak berkata walaupun masih terdapat lima kawasan termasuk Warsaw dan beberapa kertas undi luar negara belum dikira, ia tidak akan mengubah keputusan.

Jumlah keluar mengundi mencecah  68.12 peratus, iaitu 0.08 mata peratusan berbanding 1995, menurut PKW.

Sebelum ini, tinjauan awal mendapati Duda berdepan saingan sengit, dengan hanya 0.8 mata peratusan menyebelahi beliau.- Bernama

Continue Reading

Previous: 141 MAUT
Next: 11 perisik terbunuh dalam serangan pemberontak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.