BEKENU : Anak seorang wartawan di sini dibelasah oleh tiga individu lelaki tidak dikenali di Jalan Kampung Dagang berhadapan dengan RTC Bekenu pada malam semalam.
Mangsa, Ugir Liu 19 tahun ketika ditemui membuat laporan kejadian di balai polis berkata, tiga individu lelaki itu mengguna sebuah kenderaan pancuan empat roda (4WD) telah menghalang dan berhenti di depan motosikal hingga tidak dapat berbuat apa-apa.
Katanya, dua daripada tiga individu itu turun dari kenderaan terus meluru menumbuk ke arah muka beberapa kali dan salah seorang telah memeluk mangsa hingga tidak dapat bertindak balas.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam itu telah disedari orang ramai dan mangsa mendapat bantuan daripada mereka hingga kejadian terlerai.
Selain itu, pada kejadian tersebut bahawa dua lelaki terbabit turut merosakan motosikal yang dinaiki mangsa.
Ketiga-tiga lelaki itu kemudian terus meluru melarikan diri tidak tahu ke mana arah tuju pada malam itu.
Mangsa dibelasah turut menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bekenu dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah mata.
Kes kejadian masih dalam siasatan pihak polis Miri.