Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Anak syarikat Bank Rakyat serah zakat perniagaan
  • BISNES

Anak syarikat Bank Rakyat serah zakat perniagaan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Bank Rakyat, Rakyat Holdings Sdn Bhd dan Rakyat Management Services Sdn Bhd baru-baru ini menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM662,966 dan RM500,000 kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tahun kewangan berakhir 2019.

Bank Rakyat pada April lalu turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM2.68 juta kepada MAIWP.

“Sumbangan zakat perniagaan tersebut merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat sebanyak RM32.99 juta yang diluluskan oleh Bank Rakyat pada tahun kewangan berakhir 2019 untuk agihan tahun 2020,” kata bank tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyerahkan zakat perniagaan tersebut kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee.

Wan Junaidi berkata, sumbangan zakat itu diharapkan dapat membantu golongan asnaf agar tidak terputus bekalan makanan mereka sepanjang tempoh penularan Covid-19.

Institusi dan komuniti Islam harus melunaskan pembayaran zakat bagi membantu golongan yang terjejas terutamanya asnaf fakir dan miskin yang amat bergantung kepada bantuan semasa tempoh yang sukar ini, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Teruskan usaha dapatkan semula aset 1MDB
Next: Deklarasi mudahkan pergerakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.