Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anak muda jadi duta promosi budaya Sabah, Sarawak di BNF 2026
  • NASIONAL

Anak muda jadi duta promosi budaya Sabah, Sarawak di BNF 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANAK muda jadi duta promosi budaya Sabah, Sarawak di BNF 2026. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Kepelbagaian budaya Borneo terus menyerikan ibu kota apabila anak muda Sabah dan Sarawak tampil sebagai ‘duta kecil budaya’ menerusi perarakan kebudayaan bersempena dengan Borneo Native Festival (BNF) 2026.

Walaupun berjauhan dari kampung halaman, peserta tetap berbangga memperkenalkan identiti etnik masing-masing apabila menyusuri laluan dari Dataran Merdeka ke Pasar Seni dengan mengenakan pakaian tradisional penuh warna-warni, sekali gus mencuri perhatian pengunjung tempatan dan pelancong asing.

ANAK muda jadi duta promosi budaya Sabah, Sarawak di BNF 2026. Foto Bernama.

Peserta perarakan, Nathaniel Frayshion, 15, berkata penyertaan hampir setiap tahun bersama keluarganya bukan sahaja mengubati kerinduan terhadap kampung halaman di Sabah, malah mengeratkan hubungan komuniti Borneo di Semenanjung.

Beliau yang mengenakan baju tradisi Murut berkata, perarakan kebudayaan itu penting bagi mendekatkan golongan muda dengan warisan etnik masing-masing.

“Biarpun saya lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur tapi saya tidak lupa asal usul keturunan keluarga yang berasal dari Keningau, manakala sebelah ibu pula berasal dari Tambunan.

ANAK muda jadi duta promosi budaya Sabah, Sarawak di BNF 2026. Foto Bernama.

“Melalui perarakan ini, saya turut belajar tentang pakaian tradisi etnik lain. Acara sebegini penting kerana masih ramai anak muda yang tidak mengenali budaya kaum etnik lain, jadi kalau ada peluang, sertailah perarakan begini,” katanya kepada Bernama.

Turut berkongsi pandangan sama, Noorzia Mursalin, 35, menyifatkan perarakan kebudayaan itu menjadi medium penting memperkenalkan budaya masyarakat Borneo kepada masyarakat di Semenanjung serta pelancong asing.

Sudah 12 tahun bekerja di Kuala Lumpur, Noorzia berbangga dapat mengenakan busana tradisi etnik Idaan dari Lahad Datu walaupun perlu membelanjakan sekitar RM300 untuk menyiapkannya.

“Saya bangga menjadi satu-satunya orang Sabah yang mengenakan pakaian kaum Idaan dari Lahad Datu. Perarakan itu penting kerana budaya masyarakat Sabah dan Sarawak sangat unik, namun kurang dikenali dalam kalangan masyarakat di Semenanjung serta pelancong asing,” katanya.

Sementara itu, Florence Johnny, 36, berkata penyertaan kali kedua dalam perarakan BNF memberikan peluang kepadanya memperkenalkan pakaian etnik Iban Sarawak secara lebih meluas kepada masyarakat.

Walaupun aksesori yang digunakan hanya sekitar 20 hingga 30 peratus, dia tetap berbangga dapat mewakili identiti etniknya dalam acara berkenaan.

“Kalau dulu ramai tidak kenal budaya Sabah dan Sarawak, tetapi kini semakin ramai mula mengenalinya melalui program seperti ini,” katanya.

Perarakan kebudayaan yang diadakan petang semalam adalah antara pengisian BNF 2026, yang berlangsung di Pasar Seni dari 22 Mei hingga hari ini.

Program anjuran Persatuan Sukaseni Kuala Lumpur itu diadakan bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Permohonan Dana Pemangkin Generasi MADANI bernilai RM5 juta dibuka 1 hingga 30 Jun – Fahmi
Next: Jadikan keselamatan jalan raya tanggungjawab nasional – Lee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.