Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anak kucing menyorok di ruang enjin kereta diselamat
  • TEMPATAN

Anak kucing menyorok di ruang enjin kereta diselamat

Utusan Sarawak 5 years ago

VALENTINE NGUMBANG

SIMANGGANG: Seekor anak kucing bernasib baik kerana terselamat walaupun telah menyorok di dalam ruang enjin sebuah kereta yang mahu bergerak di kawasan bandar ini baru-baru ini.

Kehadiran anak kucing berkenaan disedari oleh pemilik kereta tersebut setelah terlihat kelibat seekor haiwan yang bertindak masuk ke dalam ruang enjin ketika mahu membelok kenderaan ke sebuah hotel di sini.

“Disebabkan cemas, dia segera memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk memeriksa keadaan anak kucing tersebut di ruang enjin.

“Bagaimanapun ruang terhad dalam bahagian enjin kereta menyukarkannya untuk mengambil anak kucing itu sebelum pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman dipanggil bagi menyelamatkan haiwan manja berkenaan,” kata pegawainya, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim.

Petugas APM yang tiba di lokasi kejadian katanya, berjaya menangkap anak kucing berkenaan namun terpaksa menghadapi kesukaran bagi berbuat demikian seperti yang dialami oleh pemilik kereta tersebut sebelum itu.

“Anak kucing berkenaan akhirnya dipelihara oleh sanak saudara petugas kami di sini setelah mendapat tahu kisah menyelamat haiwan manja berkenaan dari enjin kenderaan tersebut,”kata Siti.

Justeru Siti menasihatkan orang ramai di kawasan ini agar segera menghubungi pihak APM Daerah Sri Aman di talian 083-320973 sekiranya mereka mahu memohon pertolongan berkaitan kes seperti itu di penempatan masing-masing.

Continue Reading

Previous: MPKS, MBKS sambut baik tiada bazar Ramadan, Gawai
Next: UiTM Sarawak sumbang pencuci tangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.