Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak buaya tersangkut pada mata kail
  • Tengah
  • WILAYAH

Anak buaya tersangkut pada mata kail

Utusan Sarawak 4 weeks ago
BERTINDAK TANGKAS…..Anggota APM Daro menjalankan operasi menangkap seekor anak buaya yang tersangkut pada mata kail di sungai Kampung Pangtray, petang semalam. Kredit Foto APM Daro

DARO: Seekor anak buaya sepanjang empat kaki tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Pangtray, petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Daro, LT. (PA) Ra’idah Jomi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar 6.02 petang.

“Sepasukan anggota lima anggota APM Daro bergegas ke lokasi kejadian. 

“Pengadu mengatakan umpan pancing milik penduduk kampung telah dimakan oleh anak buaya dan menyebabkan anak buaya tersebut tersangkut di mata kail pancing milik penduduk kampung,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, anak buaya tersebut berjaya ditangkap dengan menggunakan teknik menjerut.

Setakat ini, anak buaya tersebut masih berada di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Daro.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong terima dua kunjungan hormat
Next: Kuasai kemahiran Microsoft PowerPoint, teknologi kecerdasan buatan (AI)

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.