Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Anak bapa: Cristiano dos Santos sertai skuad bawah 15 tahun Portugal
  • SUKAN

Anak bapa: Cristiano dos Santos sertai skuad bawah 15 tahun Portugal

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Cristiano Ronaldo bersama anaknya, Cristiano Jr

LISBON: Cristiano dos Santos, anak lelaki sulung pemenang lima kali Ballon d’Or – Cristiano Ronaldo, dipanggil buat pertama kali untuk skuad bawah 15 tahun Portugal.

Cristiano Jr, 14, seperti bapanya, beraksi untuk Al-Nassr di Arab Saudi, juga pernah menyarung jersi skuad remaja Manchester United dan Juventus.

Selecao B-15 akan bertemu Jepun, Greece dan England di kejohanan remaja Vlatko Markovic di Croatia pada 13-18 Mei ini.

Ronaldo, penjaring terbanyak Real Madrid dan masih bermain untuk skuad kebangsaan Portugal pada usia 40 tahun, mempunyai lima anak.

Penyerang itu memenangi Euro 2016 bersama negaranya, membantu mereka menjulang trofi major pertama, walaupun dia terpaksa dikeluarkan awal pada aksi final menentang Perancis. – AFP

Continue Reading

Previous: Hon Jian-Muhammad Haikal antara lima beregu utama, kelompok 20 terbaik dunia
Next: Oakes meletak jawatan Ketua Pasukan Alpine, Briatore ambil alih tugas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.