Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Amorim mahu Man United tampil lebih baik
  • SUKAN

Amorim mahu Man United tampil lebih baik

Utusan Sarawak 6 months ago

Pemain Manchester United, Marcus Rashford meledak dua gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Old Trafford, Manchester. - Foto AFP

MANCHESTER: Ruben Amorim mencabar skuad kendaliannya, Manchester United untuk tampil lebih baik selepas kemenangan 4-0 ke atas Everton.

Selepas Marcus Rashford dan Joshua Zirkzee masing-masing meledak dua gol, Amorim yang belum tewas dalam tiga perlawanan pertamanya sejak menggantikan Erik ten Hag, percaya anak buahnya mampu memberikan persembahan lebih baik.

“Keputusan memang bagus tetapi kami lebih pragmatik. Ia tidak cantik tetapi kami mendapat keputusan yang dikehendaki. Kami melaksanakan tugas – untuk menang.

“Kemudian kami mendapat gol di waktu yang betul dan ia mengubah perlawanan. Anda tidak boleh fokus hanya kepada keputusan, tetapi cara bagaimana ia diperoleh.

“Seperti sebelum perlawanan, banyak perkara yang kami mahu lakukan. Namun lebih baik bekerja berdasarkan kemenangan. Perlu fokus kepada persembahan berbanding keputusan.

“Anda boleh merasakannya ketika permainan. Ia bukan persembahan terbaik, ada turun naik. Ada ketika kami bagus kemudian ada masanya kami ditekan. Kami perlu memperbaikinya,” kata Amorim.

Amad Diallo muncul pemain terbaik perlawanan apabila membantu dua jaringan di Old Trafford.

United kini melonjak ke tangga kesembilan liga, hanya empat mata di belakang kelompok empat teratas.

Continue Reading

Previous: Setelah tewaskan City, Liverpool hampir sempurna, kata Slot
Next: Gelagat Guardiola setelah City ditewaskan Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.