Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Amazing Race Sarawakku Sayang 2022 tarik 250 peserta
  • TEMPATAN

Amazing Race Sarawakku Sayang 2022 tarik 250 peserta

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Pertandingan Amazing Race Sarawakku Sayang 2022 dianjurkan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita menyaksikan penyertaan seramai 250 penjawat awam wanita jabatan Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi MAKSAK Negeri Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki di lokasi bermulanya pertandingan iaitu di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini pada Sabtu yang berakhir di Damai Beach Resort, Santubong.

Program ini merupakan aktiviti sukan dan sosial untuk menggalakkan penjawat awam wanita beriadah yang melibatkan sebanyak 50 pasukan dengan setiap pasukan diwakili oleh lima orang peserta

Penganjuran Amazing Race Sarawakku Sayang ini merupakan aktiviti tonggak tahunan MAKSAK Wanita Negeri Sarawak sejak tahun 2012.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak Datin Sri Baduyah Bujang dan Setiausaha Sulit Kanan Premier Sarawak Dato Khir Busrah.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: Sarawak bangunan aplikasi mudah alih
Next: Audiolab buka cawangan ke-22 di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.