Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 11.00 malam esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu); serta Pahang (Maran dan Pekan).

Di Sarawak pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kapit (Belaga) dan Miri (Telang Usan), manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), serta Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

-Bernama

IPU Serian masih tertinggi, catat 197

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 197 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam

Kualiti udara Sarawak kekal tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di sebahagian besar kawasan Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)