Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Amal gaya hidup sihat melalui aktif bersenam
  • Tengah
  • WILAYAH

Amal gaya hidup sihat melalui aktif bersenam

Utusan Sarawak 7 months ago

Suasana sekitar Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat Bahagian Sibu di Pasaraya Swan Square, hari ini.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee menyeru rakyat Sarawak agar lebih aktif bersenam dan memperbaiki gaya hidup untuk kesejahteraan kesihatan. 

Beliau menyatakan bahawa kerajaan komited untuk memastikan rakyat Sarawak terlibat dalam aktiviti fizikal secara aktif.

“Dalam kehidupan moden yang sibuk ini, ramai orang mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif. 

“Gaya hidup tidak aktif bukan bermaksud hanya duduk di sofa menonton televisyen sepanjang hari, tetapi bermaksud tuntutan kerja yang banyak sehingga kita kurang masa untuk bersenam. Ini tidak baik kerana ia akan membawa kesan buruk kepada masyarakat,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Kaunselor Kelvin Lau Kor Jie pada majlis perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat Bahagian Sibu di Pasaraya Swan Square, hari ini.

Lebih 1,000 peserta menyertai HSN 2024 meliputi acara larian, berbasikal, aerobik, zumba, street soccer, memanah, sukaneka dan sebagainya. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan turut menekankan kepentingan senaman untuk mengelakkan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, kolesterol tinggi, dan diabetes yang berpunca daripada gaya hidup tidak aktif.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Nur Fatheen Khairuzan Seleman. 

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Elemen batik ke dalam cheongsam bakal serlahkan gabungan budaya
Next: Dua lokasi berisiko banjir di Sarikei dipantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.