Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Almari terbakar sempat dipadam penghuni
  • KEBAKARAN

Almari terbakar sempat dipadam penghuni

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERIKSA… Anggota bomba membuat pemeriksaan di lokasi kebakaran almari pakaian di sebuah flat di Bandar Baru Permyjaya, Miri awal pagi tadi. Foto JBPM 

MIRI: Tindakan pantas penghuni sebuah flat di Lorong 2, Bandar Baru Permyjaya di sini memadam kebakaran menggunakan air paip berjaya mengelak api merebak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.00 pagi itu, kebakaran hanya melibatkan sebuah almari pakaian di dalam bilik tidur rumah berkenaan.

MUSNAH… Keadaan almari pakaian yang musnah selepas terbakar dalam kejadian di sebuah flat di Bandar Baru Permyjaya, awal pagi tadi. Foto JBPM

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.08 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bersama bantuan BBP Lopeng dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi pada 1.21 pagi, api didapati sudah dipadamkan pemilik rumah menggunakan air paip.

“Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca api dan keadaan benar-benar selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran menyebabkan kira-kira 10 peratus kerosakan dan tiada mangsa dilaporkan cedera.

Operasi tamat sepenuhnya pada 2.02 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiga rumah teres terbakar di RPR Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.